Posts

Showing posts from November, 2008

Makluman kepada CALON SENI VISUAL SPM 2008

Sebagaimana yang telah dijanjikan, cikgu telah menyediakan sedikit contoh untuk Kertas Seni Halus (2611/2), sila lawati blog Panitia Seni Visual, atau klik pautan berikut http://pansenivisual.blogspot.com/

Bangunan Baru

Image
Bangunan baru telah mula dibina diperkarangan sekolah pada pertengahan tahun 2007. Kini blok bangunan tersebut telahpun hampir siap, dan dijangkakan pada tahun 2009warga SMKTAR akan dapat memulakan tugas di blok yang baru tersebut. Semoga dengan siapnya bangunan baru ini akan dapat mempertingkatkan kualiti kerja dan motivasi yang baik kepada semua warga sekolah kerana mempunyai prasana yang lebih lengkap dan moden. Pemandangan di hadapan bangunan baru Pemandangan di sekitar bangunan baru... Blok lama.. Bilik Kebal, Blok D, Blok E dan Blok F tetap menjadi nadi utama sekolah Mungkin pemandangan lot parking yang sentiasa sesak ini akan berubah setelah siapnya bangunan baru kelak... Dewan terbuka yang baru, lengkap dengan pentas kekal untuk pelbagai acara kelak... Bilik siapakah ini... masih dalam kemasiapan... Blok G yang baru... mengunjur ke arah padang sekolah Perspektif Blok kembar H dan I mengunjur selari dengan blok A dan B