Posts

Showing posts from February, 2010

Pelancaran Pesta Angpow 2010

Image
Sebagai menyahut seruan 1Malaysia, pihak sekolah bercadang menganjurkan majlis perayaan dari semua warisan tradisi yang boleh disertai dan dikongsi bersama warga SMKTAR. Sebagi permulaan dan bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pelancaran Pesta Angpow telah dijalankan pada 10 febuari 2010... berikut adalah gambar-gambar sekitar pelancaran tersebut. Tarian Singa oleh Persatuan Agama Buddha Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum turut sama memeriahkan majlis Salah satu aksi oleh peserta tarian singa Pasukan Pancaragam SMKTAR yang baru ditubuhkan hasil kutipan tiket dan sumbangan melalui Konsert Emas 2009, tampil buat kali pertama di dalam acara sekolah. Pasukan pancaragam sudi menyampaikan beberapa buah lagu untuk santapan telinga warga SMKTAR Tn Pengetua En Ng Tong Koang, PK HEM En Teoh Sang Kee, Penyelaras Ting 6 dan PK Kokurikuulum En Abul Halim diberi penghormatan memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Pesta Angpow SMKTAR... panorama 1 panorama 2 Pasukan

Penyampaian Sijil Lukisan Pelajar Malaysia/Jepun 2009

Image
Pada 25 Januari 2009, ketika waktu perhimpunan pagi Isnin, penyampaian sijil kepada peserta peserta pertandingan lukisan pelajar Malaysia dan Jepun telah dilaksanakan. Murid mendengar amanat dengan penuh khusyuk... Tuan Pengetua telah sudi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. Peserta Ang Pei Pei menerima sijil yang disampaikan oleh Tn Pengetua dengan dibantu oleh Pn Isrihan Mohamad selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual yang baru En saiful Adli selaku Guru Kanan Kemanusiaan berucap sempena majlis penyampaian sijil tersebut. Beliau menyeru agar lebih banyak hasil-hasil karya yang bermutu dihantar untuk menyertai pertandingan ini. Pelajar mendengar dengan penuh minat En saiful mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantar hasil karya mereka.

Kembali ke Sekolah

Walaupun mungkin sudah agak terlambat, pihak sekolah tetap merasakan perlu mengucapkan "selamat kembali ke sekolah pada tahun 2010" untuk semua murid, staf dan guru-guru SMKTAR khasnya, dan kepada seluruh warga pendidikan di Malaysia amnya sebagai pembuka ruang baru untuk tahun 2010. Semoga pada tahun ini SMKTAR akan lebih maju dan cemerlang. Warga SMKTAR pastinya mengharapkan suasana pendidikan yang lebih kondusif dan efektif untuk meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.