Monday, March 22, 2010

Laporan Kejohanan Balapan dan Padang MSSPP Zon Nibong Tebal 2010

Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Batu Kawan dari 8 hingga 11 Mac 2010.
SMK Tunku Abdul Rahman telah mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 33 peserta.

SMK Tunku Abdul Rahman telah mendapat Naib Johan keseluruhan kategori sekolah menengah bdengan mendapat 9 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. Agihan Pingat adalah seperti berikut:-

Bil.      Nama                   Acara                Kelas   Tempat
1.      Tang Chun Chean    Lompat kijang     L1         Emas
                                        Lompat Jauh       L1        Perak

2.      Eng Rui Chuang      Lompat Tinggi     L1        Emas

3.      Ahli Pasukan :          4X400 m           L1        Emas
               Nanthakumar A
               Thasendran M
               Vijendran M
               Vijendran R
               Gunasegaran
               Muniswaran

4.    Loges a/p Vikneswaran   1500 m        P2          Emas
                                                800 m                      Emas
                                                400 m                      Perak

5.    Sivaranjini a/p Vikneswaran  3000 m   P2          Emas

6.    Yeoh Sok Houi              Lompat kijang  P2       Emas
                                             Lompat jauh                Emas

7.    Nanthakumar A               400 m            L1        Perak

8.    Tan Lai Theng              Lompat Tinggi   P2         Emas

9.    Ahli Pasukan:-              4 X 400 m &    P2         Gangsa
                Sivaranjini V       4 X 100 m         P2         Gangsa
                Kanimoli
                Varshini
                Parvathy
                Moganapriya

TAHNIAH KEPADA PESERTA-PESERTA DAN GURU-GURU PENGIRING  YANG TELAH BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DI DALAM BIDANG OLAHRAGA, TERIMAKASIH!!
            

Saturday, March 6, 2010

Olahraga SMKTAR 2010

Tarikh : 5 Mac 2009
Masa: 8.00pagi -12.00 tengahari

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan

Tuan Pengarah menyampaiak pingat kepada pemenang pra kejohanan

Pasukan Pandu puteri membawa bendera kejohanan

Pasukan pancaragam mengiringi perbarisan

Pasukan Perbarisan Rumah Ledang
Dari kiri: En. Balrao, En. Mohd Faiz, En Khairul, En. Shaharin, En. Saiful dan En. Mohd Firdaus

Tetamu yang hadir, terdiri dari Pengetua-pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah SPS.

Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Tn Hj Ibrahim bin Mohamad, PJK. berucap merasmikan
Kejohanan Olahraga 2010
Perbarisan Pasukan Rumah Jerai

Perbarisan Pasukan Rumah Kinabalu

Perbarisan Rumah Bintang

Perhiasan rumah Kinabalu
Perhiasan Rumah Bintang

Perhiasan Rumah Jerai

Perhiasan Rumah Ledang

Gerai jualan makanan

Pengetua mengiringi Tuan Pengarah untuk menerima tabik hormat perbarisan

Pengacara majlis

Pasukan Unit Beruniform

Peserta perbarisan tegap mengikuti majlis perasmian kejohanan

Barisan guru-guru yang turut memberikan sokongan


Wednesday, February 10, 2010

Pelancaran Pesta Angpow 2010

Sebagai menyahut seruan 1Malaysia, pihak sekolah bercadang menganjurkan majlis perayaan dari semua warisan tradisi yang boleh disertai dan dikongsi bersama warga SMKTAR. Sebagi permulaan dan bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pelancaran Pesta Angpow telah dijalankan pada 10 febuari 2010... berikut adalah gambar-gambar sekitar pelancaran tersebut.

Tarian Singa oleh Persatuan Agama Buddha

Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum turut sama memeriahkan majlis

Salah satu aksi oleh peserta tarian singa

Pasukan Pancaragam SMKTAR yang baru ditubuhkan hasil kutipan tiket dan sumbangan melalui Konsert Emas 2009, tampil buat kali pertama di dalam acara sekolah.

Pasukan pancaragam sudi menyampaikan beberapa buah lagu untuk santapan telinga warga SMKTAR
Tn Pengetua En Ng Tong Koang, PK HEM En Teoh Sang Kee, Penyelaras Ting 6 dan PK Kokurikuulum En Abul Halim diberi penghormatan memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Pesta Angpow SMKTAR...

panorama 1

panorama 2

Pasukan Pancaragam dibimbing oleh En Lee Chai Huat selaku guru muzik.

Terima kasih

Penyampaian Sijil Lukisan Pelajar Malaysia/Jepun 2009

Pada 25 Januari 2009,
ketika waktu perhimpunan pagi Isnin, penyampaian sijil kepada peserta peserta pertandingan lukisan pelajar Malaysia dan Jepun telah dilaksanakan.

Murid mendengar amanat dengan penuh khusyuk...

Tuan Pengetua telah sudi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

Peserta Ang Pei Pei menerima sijil yang disampaikan oleh Tn Pengetua dengan dibantu oleh Pn Isrihan Mohamad selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual yang baru

En saiful Adli selaku Guru Kanan Kemanusiaan berucap sempena majlis penyampaian sijil tersebut. Beliau menyeru agar lebih banyak hasil-hasil karya yang bermutu dihantar untuk menyertai pertandingan ini.

Pelajar mendengar dengan penuh minat

En saiful mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantar hasil karya mereka.

Tuesday, February 2, 2010

Kembali ke Sekolah

Walaupun mungkin sudah agak terlambat, pihak sekolah tetap merasakan perlu mengucapkan "selamat kembali ke sekolah pada tahun 2010" untuk semua murid, staf dan guru-guru SMKTAR khasnya, dan kepada seluruh warga pendidikan di Malaysia amnya sebagai pembuka ruang baru untuk tahun 2010. Semoga pada tahun ini SMKTAR akan lebih maju dan cemerlang. Warga SMKTAR pastinya mengharapkan suasana pendidikan yang lebih kondusif dan efektif untuk meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

Sunday, November 8, 2009

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2009

Pada malam 7 November 2009, Kelab Staf SMKTAR telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di Kantin SMKTAR. Pada mulanya, memanglah ramai yang ragu-ragu akan cadangan tempat yang tidak sepertinya ini... tetapi ahli dan AJK Kelab telah membuktikan biarpun dalam segala kepayahan dan permasalahan lain yang timbul, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan meriah dan menarik.

Pihak Kantin telah menyediakan tempat dan makan sajian utama iaitu nasi tomato dan bersama lauk pauk yang lazat serta memanggil penyedia makanan dari luar untuk mempelbagaikan juadah seperti char kuteow yang dimasak mengikut permintaan, sate, air batu campur "special", cendol, jambu 88 dan kuih muih.

1.15 ptg... hiasan asas telah disiapkan...

8.00 mlm... antara staf yg telah tiba.. Mr Kuldip dan En. Roslan


Menunggu kehadiran def-def kehormat...

En Chong, Pn Teh, Pn Cheah, Cik Ng (bekas staf pejabat), Pn Lee dan rakan-rakan berbual sementara menanti majlis bermula...
Wahhh! En Santanam dan Abg Chik juga hadir memeriahkan suasana...

Sambil terpejam mata la dok senyum, Cikgu Shahanum bersama Pn Ruzaini, Pn Muhaini, Pn Juariah dan.... siapa tu ah dari belakang tak perasan pulak... akan dibuat kajian siapakah gerangannya..
Cantik dan menawan guru-guru India yang turut hadir antaranya Pn Prema, Pn Cecilia, Pn Letchmy dan lain-lain...

sambil berbual sambil menganyam tisu, guru-guru wanita tersenyum malu...

AJK PIBG juga turut memeriahkan majlis... terima kasih

Tuan Pengetua En Ng Tong Koang berbual bersama AJK PIBG dan En Tan.

Barisan juadah yang sedia menanti untuk menjamu selera staf dan tetamu

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah... basikal tu no.2... no.1 ....

Jelitawan SMKTAR...

Mencari meja...

En Tan manunjukkan penanda ... Meja untuk staf yang vegee...

YDP PIBG Pn Oon menyampaikan ucapan merasmikan majlis...

Tn Pengetua berucap panjang juga biarpun berulang kali mnyatakan " saya tidak mahu berucap panjang..."

Bersama pemenang pakaian wanita paling bergaya..


PK Kokurikulum Pn Suraini, Pn Cecilia dan Pn Nazrah meraikan dua bekas staf yang dinaikkan pangkat sebagai pegawai JPN... Pn Norhayati dan En Aliff Lee Tahniahhhh dan terima kasih kerana sudi hadir ke Hotel STAR ini...

Meja no.3.. En Khairil, En Rao, En Singh, En Roslan, En Shaari, En Wan Zul (nampak sikiiiit ja) dan En Saiful (tiada di dalam gambar kerana mengambil gambar malam ini... nasib la)
Pengurus-pengurus cendol dan Jus jambu..

Sedih la... kenapa? Tak dapat tengok bola biarpun kali pertama Kelantan masuk "final" malam ni

En Balrao dan Pn Siti menyanyikan lagu enjit-enjit semut
Tahniah kepada En Balrao kerana memenangi kategori pakaian lelaki paling bergaya malam ini

Pn Siti mendendangkan lagu siti

Suasana ketika makan...

Itu sate sudah tak mau ka?...

Pn Noraini makan sambil malu-malu...

Beg siapa besar...

Bantal siapa tuuuuuuu..

En Aliff macam kena marah saja dengan Pn Cheah... he he

barisan guru muda yang manis-manis belaka, terimakasih kerana sudi hadir dan menyerikan majlis... sumbangan tenaga, dedikasi dan usaha anda semua tetap dihargai .

Cendol tu.. minumlah sampai habis... senyuuuuuuuuum !


Pn Norafaezah, Pn Hajar dan rakan-rakan berbual sambil menjamu selera...

En Shan tersandar kekenyangan bersama En Kamaruzzaman, En Subra, En Chandra dan En Santanam

Bilangan guru dan staf yang ramai sebegini memang sentiasa mampu memeriahkan suasana di mana saja kita berada...


pasangan dua sejoli menyanyikan lagu kontemporari terkini ...

Amboii bergaya sakan.. tak boleh blah ni!!

Hummm.. acara akhir yang tidak kurang menariknya.. mari mengemas!!


Chef Char Kuey Teow Bukit Panchor... larisss amat!