Posts

Showing posts from 2010

Laporan Kejohanan Balapan dan Padang MSSPP Zon Nibong Tebal 2010

Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Batu Kawan dari 8 hingga 11 Mac 2010. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 33 peserta. SMK Tunku Abdul Rahman telah mendapat Naib Johan keseluruhan kategori sekolah menengah bdengan mendapat 9 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. Agihan Pingat adalah seperti berikut:- Bil.      Nama                   Acara                Kelas   Tempat 1.      Tang Chun Chean    Lompat kijang     L1         Emas                                         Lompat Jauh       L1        Perak 2.      Eng Rui Chuang      Lompat Tinggi     L1        Emas 3.      Ahli Pasukan :          4X400 m           L1        Emas                Nanthakumar A                Thasendran M                Vijendran M                Vijendran R                Gunasegaran                Muniswaran 4.    Loges a/p Vikneswaran   1500 m        P2          Emas                                                 800 m                      Emas     

Olahraga SMKTAR 2010

Image
Tarikh : 5 Mac 2009 Masa: 8.00pagi -12.00 tengahari Tuan Pengetua menyampaikan ucapan Tuan Pengarah menyampaiak pingat kepada pemenang pra kejohanan Pasukan Pandu puteri membawa bendera kejohanan Pasukan pancaragam mengiringi perbarisan Pasukan Perbarisan Rumah Ledang Dari kiri: En. Balrao, En. Mohd Faiz, En Khairul, En. Shaharin, En. Saiful dan En. Mohd Firdaus Tetamu yang hadir, terdiri dari Pengetua-pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah SPS. Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tn Hj Ibrahim bin Mohamad, PJK. berucap merasmikan Kejohanan Olahraga 2010 Perbarisan Pasukan Rumah Jerai Perbarisan Pasukan Rumah Kinabalu Perbarisan Rumah Bintang Perhiasan rumah Kinabalu Perhiasan Rumah Bintang Perhiasan Rumah Jerai Perhiasan Rumah Ledang Gerai jualan makanan Pengetua mengiringi Tuan Pengarah untuk menerima tabik hormat perbarisan Pengacara majlis Pasukan Unit Beruniform Peserta perbarisan tegap mengikuti majlis perasmian kejohanan Barisan guru-guru yang turut mem

Pelancaran Pesta Angpow 2010

Image
Sebagai menyahut seruan 1Malaysia, pihak sekolah bercadang menganjurkan majlis perayaan dari semua warisan tradisi yang boleh disertai dan dikongsi bersama warga SMKTAR. Sebagi permulaan dan bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pelancaran Pesta Angpow telah dijalankan pada 10 febuari 2010... berikut adalah gambar-gambar sekitar pelancaran tersebut. Tarian Singa oleh Persatuan Agama Buddha Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum turut sama memeriahkan majlis Salah satu aksi oleh peserta tarian singa Pasukan Pancaragam SMKTAR yang baru ditubuhkan hasil kutipan tiket dan sumbangan melalui Konsert Emas 2009, tampil buat kali pertama di dalam acara sekolah. Pasukan pancaragam sudi menyampaikan beberapa buah lagu untuk santapan telinga warga SMKTAR Tn Pengetua En Ng Tong Koang, PK HEM En Teoh Sang Kee, Penyelaras Ting 6 dan PK Kokurikuulum En Abul Halim diberi penghormatan memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Pesta Angpow SMKTAR... panorama 1 panorama 2 Pasukan

Penyampaian Sijil Lukisan Pelajar Malaysia/Jepun 2009

Image
Pada 25 Januari 2009, ketika waktu perhimpunan pagi Isnin, penyampaian sijil kepada peserta peserta pertandingan lukisan pelajar Malaysia dan Jepun telah dilaksanakan. Murid mendengar amanat dengan penuh khusyuk... Tuan Pengetua telah sudi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. Peserta Ang Pei Pei menerima sijil yang disampaikan oleh Tn Pengetua dengan dibantu oleh Pn Isrihan Mohamad selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual yang baru En saiful Adli selaku Guru Kanan Kemanusiaan berucap sempena majlis penyampaian sijil tersebut. Beliau menyeru agar lebih banyak hasil-hasil karya yang bermutu dihantar untuk menyertai pertandingan ini. Pelajar mendengar dengan penuh minat En saiful mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantar hasil karya mereka.

Kembali ke Sekolah

Walaupun mungkin sudah agak terlambat, pihak sekolah tetap merasakan perlu mengucapkan "selamat kembali ke sekolah pada tahun 2010" untuk semua murid, staf dan guru-guru SMKTAR khasnya, dan kepada seluruh warga pendidikan di Malaysia amnya sebagai pembuka ruang baru untuk tahun 2010. Semoga pada tahun ini SMKTAR akan lebih maju dan cemerlang. Warga SMKTAR pastinya mengharapkan suasana pendidikan yang lebih kondusif dan efektif untuk meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.