Posts

Showing posts from 2009

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2009

Image
Pada malam 7 November 2009, Kelab Staf SMKTAR telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di Kantin SMKTAR. Pada mulanya, memanglah ramai yang ragu-ragu akan cadangan tempat yang tidak sepertinya ini... tetapi ahli dan AJK Kelab telah membuktikan biarpun dalam segala kepayahan dan permasalahan lain yang timbul, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan meriah dan menarik. Pihak Kantin telah menyediakan tempat dan makan sajian utama iaitu nasi tomato dan bersama lauk pauk yang lazat serta memanggil penyedia makanan dari luar untuk mempelbagaikan juadah seperti char kuteow yang dimasak mengikut permintaan, sate, air batu campur "special", cendol, jambu 88 dan kuih muih. 1.15 ptg... hiasan asas telah disiapkan... 8.00 mlm... antara staf yg telah tiba.. Mr Kuldip dan En. Roslan Menunggu kehadiran def-def kehormat... En Chong, Pn Teh, Pn Cheah, Cik Ng (bekas staf pejabat), Pn Lee dan rakan-rakan berbual sementara menanti majlis bermula... Wahhh! En Santanam dan Abg Chik jug

Motivasi

KONSERT E.M.A.S & "DRAMA MUZIKAL BUTTERFLY LOVERS"

Image
Pada 15 Ogos 2009, jam 7.30 malam konsert yang bertujuan mengumpul dana untuk penubuhan Brass Band SMKTAR dan kebajikan murid telah berjaya dilangsungkan. Persembahan pelajar tadika yang melambangkan kehidupan rama-rama sempena tema drama muzikal "The Butterfly Lovers" Demi memastikan sistem bunyi dan lampu yang benar-benar berkualiti, peralatan telah disewa dari Kuala Lumpur. gendanng disediakan untuk upacara perasmian Jumaat: semua peralatan dan keperluan di angkut ke Dewan Utama USM Transkrian dengan menggunakan 3 buah lori. Proses memunggah prop pentas ke dalam lori Petugas prop pementasan. Meja kecil juga disediakan untuk kegunaan dalam drama prop yang berupa pokok-pokok untuk kegunaan latar dalam drama, diseliakan oleh En Saiful Adli 8.00 mlm, hadirin di hiburkan dengan persembahan kebudayaan sebelum upacara perasmian. Pengacara yang bertugas, Pn wan nurkursiah dan Pn Norehan Jaafar. Persembahan kebudayaan Tanpa mengira bangsa, semua pelajar sanggup berpakai