Posts

Showing posts from October, 2008

PROGRAM LEPAS PMR 2008

Image
Selepas berpenat lelah menghadapi peperiksaan PMR, pelajar-pelajar tingkatan 3 mempunyai masa lapang ketika waktu sekolah. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk memenuhi masa dengan lebh berfaedah. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah ceramah motivasi dan kerjaya, perbengkelan, lukisan mural, tayangan video, pertandingan sukan dan lain-lain. Sebelum mula mengecat perlu mendapat feel dahulu Kumpulan pelajar lelaki datang membantu setelah selesai aktiviti permainan di padang. Kepada semua pelajar-pelajar 3 unimas terutama Cik Rohana dan rakan-rakan teruskanlah usaha murni anda dalam menyiapkan mural... Pengetua sedang berucap sempena Jamuan Deeparaya RIMUP bersama SMK Methodist Nibong Tebal. Antara program yang melibatkan pelajar tingkatan 3. Pelajar sedang memerhatikan kaedah CPR yang ditunjukkan oleh pegawai JPA3 "dongakkan hidung supaya laluan udara terbuka luas" Pelajar menanti ceramah bermula dengan tidak sabarnya... ramai yang kelam kabut tutup muka takut diambil g

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

Image
SEJARAH SEKOLAH 10 Januari 1965 SMKTAR diasaskan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal. Pada masa itu hanya terdapat 3 kelas Tingkatan Satu dengan bilangan pelajar seramai 143 orang dan 8 orang guru. Pengetua ialah Tuan Haji Sardin bin Hassan , AMN, PJK. 1966 Berkembang dengan 200 pelajar dan 10 orang guru. 1967 Bangunan sekolah mula di bina di atas tapak yang sedia ada sekarang dengan 2 buah bangunan yang baru. Pengetua pada masa itu ialah En. Ahmad Abdullah 1968 Tahun yang sangat bersejarah bagi SMKTAR kerana buat kali pertamanya pelajar-pelajar dapat belajar di dalam bangunan sendiri. Pengetua pada masa itu ialah En. Zainul Abidin bin Mohd. Ali 3 Mei 1969 Sekolah Menengah Kebangsaan Nibong Tebal mulai dikenali sebagai Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. Jan 1970 Tuan Haji Ahmad bin Saad memangku jawatan pengetua 30 Januari 1971 En. Adnan Bashah dihantar untuk menjadi pengetua 1972 Sebuah lagi bangunan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 2 buah makmal sains di bi

Hari Keluarga 2008 (Bukit Merah Lake Town Resort)

Image
Deretan bas menanti untuk membawa warga smktar ke hari keluarga yang diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort. Bas yang kami naik ni malangnya... tak mampu mendaki bukit merah, jadi terpaksa tukar bas lain... Anak-anak bersedia menyertai sukaneka... mengutip guli dalam air.. maaf... tiub luncur air ni dalam proses pembaikan, tiada lah peluang nak naik... Kambing untuk barbeque... Tunggu apa tu? Cabutan bertuah? Dapat ke? Pn. Norehan... pengurus program yang komited... terimakasih cikguuu... Haa.. tu dia Pn Wan Nurkursiah... pengacara tak sayang mulut punya... jangan marah eh ... he he Tuan Pengetua... jangan cabut nama sendiri naaa! Tolong kami bantu kami... Abang.. boleh tak tolong lepaskan saya dari ecopark ni? En. Kamarul dan En. Shan.. suka sungguh naik chairlift tu... dah 3 round tu.. Sambil menanti program berlangsung elok baca suratkhabar dulu... santai Hadiah-hadiah ni untuk aktiviti sukaneka... untuk cabutan bertuah sila ambil di sekolah... tak larat la nak angkut s