Sekitar Sambutan Maal Hijrah 1430 SMKTAR

Sambutan tahun ini diserikan dengan gotong royong memasak bubur asyura. Alhamdulillah, semua warga Islam SMKTAR datang menjayakannya dengan sempurna.
Pn Che Ruby sedang menguji kualiti bubur...

En Khairil, sila pastikan semua bubur ini nanti licin diagihkan kepada semua tau! periuk tu jangan lupa cuci dulu...

Asal boleh pegang dayung ni kira sudah menyumbang tenagalah tu... tak sampai 1/2 minit dah minta tukar orang lain ganti...


Alhamdulillah... Ustaz Rozali tetap hadir menyokong program ini.. biarpun telah bertugas di JPN terima kasih...

En Wan Zulkifli.. Quality Controller

Pn isrihan, yang berbaju biru tu baru saja sampai... yang tengah duduk itulah yang sudah keletihan mengacau bubur asyura ... he he

En Shaharin merangkap AJK Peralatan, tukang masak, tukang cuci dan pengangkutan...

Pengkritik jemputan... tetap disini.. haa.. jangan marah eh!

Periuk pertama... Pn Siti Fadzilah merasmikan acara memasak bubur asyura.

Bahan-bahan untuk dijadikan bubur asyura.. sudah siap di separuh masakkan!

Jurutera masakan, Pn Siti Khadijah bersama krew sedang membincangkan strategi

Jangan ambik gambar kami.. malulah...

Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bekerja... terimakasih kepada Pn Noraziah, yang tetap sudi hadir ke majlis ini biarpun telah bertugas di sekolah yang lain...

Cikgu datang nak ambik gambag kita.. jangan tengok ahhh!

Sesi bersarapan sesudah ceramah bersama penceramah jemputan.

En Abdul Razak tekun menyampaikan pendapatnya sambil En Wan Zulkifli Khusyu' menambah minuman...

Jurukamera sebenarnya duduk disebelah En As Bin Hassan inilah... tetapi terpaksa bangun untuk mengambil gambar ini... dah tugas katakannn...

En Roslan Pegawai Penyelenggaraan Dewan, khusyu' mendengar ceramah sambil memerhatikan ruang kosong yang ditinggalkan oleh jurugambar...

Sudah menjadi adat Melayu yang sentiasa bersopan dan merendah diri, tidak tergamak untuk duduk dibarisan paling hadapan kerana khuatir dikatakan cuba menonjol diri... sebab itulah bangku di barisan hadapan itu kosong ditinggalkan dengan rela hatinya...

Perancangan awal, skrin di sebelah kiri dan penceramah di bahagian tengah, namun kita hanya mampu merancang....

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

KARNIVAL PHDSV 2018