KONSERT E.M.A.S & "DRAMA MUZIKAL BUTTERFLY LOVERS"

Pada 15 Ogos 2009, jam 7.30 malam konsert yang bertujuan mengumpul dana untuk penubuhan Brass Band SMKTAR dan kebajikan murid telah berjaya dilangsungkan.

Persembahan pelajar tadika yang melambangkan kehidupan rama-rama sempena tema drama muzikal "The Butterfly Lovers"
Demi memastikan sistem bunyi dan lampu yang benar-benar berkualiti, peralatan telah disewa dari Kuala Lumpur.

gendanng disediakan untuk upacara perasmian

Jumaat: semua peralatan dan keperluan di angkut ke Dewan Utama USM Transkrian dengan menggunakan 3 buah lori.

Proses memunggah prop pentas ke dalam lori

Petugas prop pementasan.

Meja kecil juga disediakan untuk kegunaan dalam drama

prop yang berupa pokok-pokok untuk kegunaan latar dalam drama, diseliakan oleh En Saiful Adli

8.00 mlm, hadirin di hiburkan dengan persembahan kebudayaan sebelum upacara perasmian.

Pengacara yang bertugas, Pn wan nurkursiah dan Pn Norehan Jaafar.

Persembahan kebudayaan

Tanpa mengira bangsa, semua pelajar sanggup berpakaian dan menampilkan tarian dari pelbagai budaya. Menggambarkan konsep 1 Malaysia.

Pelajar bergotong royong mengangkut prop dan peralatan.

Tuan Pengetua En Ng Tong Koang berucap menyampaikan sepatah dua kata.

Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, turut hadir dan sudi menyampaikan kata alu-aluan.

Paparan LCD di sediakan agar semua penonton dapat melihat dengan jelas segala acara yang dipersembahkan.
Antara penderma yang menyumbangkan RM1000 dan melayakkan mereka memukul gong sebanyak 3 kali, menandakan terimakasih pihak sekolah atas ikhsan mereka. Terima kasih.

kesibukan persiapan di belakang pentas

H1N1, demi mengelakkan dijangkiti virus dalam dewan, Pn Nazrah tetap tidak menanggalkan penutup muka ketika konsert berlangsung
Encik fauzi mewakili PPD di apit oleh AJK PIBG.
YDP PIBG SMKTAR Pn Oon Guay Sim dan Tuan pengarah pelajaran Pulau Pinang Tn Hj Ibrahim bin Mohamad.

En tan eng Keong mengambil alih tugas pengacara ketika mengumumkan penderma-penderma.

En Arun bersama pelajar yang turut serta menjayakan konsert

Di tengah kesibukan peserta bersiap sedia dibelakang pentas, En saiful sempat juga bergambar bersama mereka.

Antara peserta yang telah lengkap berpakaian dan bersolek.

Juru solek membantu peserta bersiap sedia, agar wajah sentiasa ceria dan berseri-seri.

Acara di mulakan sejurus selepas upcara perasmian konsert dengan persembahan Okestra Cina.

En. Lee Chai huat memimpin gabungan persembahan gamelan dan okestra Cina
Dua budaya yang berbeza tetap boleh disatukan melalui muzik... kejaiban 1 Malaysia!

Kumpulan Koir sedang beraksi.
Tarian tradisional Melayu di persembahkan oleh pelajar dari pelbagai bangsa, syabas!

Tarian kontemporari Cina

Persembahan dikir barat, turut mendendangkan lagu dari tiga bahasa iaitu loghat kelantan, cina dan india, menarik!

sekiranya jurugambar malas bergerak lebih kehadapan untuk mengambil gambar ... inilah hasilnya

pesembahan gamelan

tarian tradisi masyarakat Cina turut dipersembahkan.

Kesungguhan pelajar beraksi diatas pentas biarpun terdapat yang sedang sakit dan demam kerana penat berlatih siang dan malam... Tahniah!
babak perkahwinan di dalam drama muzikal

adegan akhir drama... si gadis mengikuti roh kekasih yang di bunuh ke kuburnya... dan bertukar menjadi rama-rama

Tepukan untuk semua yang terlibat

Konsert tamat pada jam 12.00 tgh malam..
Setelah selesai, proses mengemas dewan terus dilaksanakan diketuai oleh En Balrao dan rakan-rakan

mari mengutip sampah beramai-ramai

sampah yang terkumpul..

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

KARNIVAL PHDSV 2018