Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2009

Pada malam 7 November 2009, Kelab Staf SMKTAR telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di Kantin SMKTAR. Pada mulanya, memanglah ramai yang ragu-ragu akan cadangan tempat yang tidak sepertinya ini... tetapi ahli dan AJK Kelab telah membuktikan biarpun dalam segala kepayahan dan permasalahan lain yang timbul, majlis tetap dapat dilaksanakan dengan meriah dan menarik.

Pihak Kantin telah menyediakan tempat dan makan sajian utama iaitu nasi tomato dan bersama lauk pauk yang lazat serta memanggil penyedia makanan dari luar untuk mempelbagaikan juadah seperti char kuteow yang dimasak mengikut permintaan, sate, air batu campur "special", cendol, jambu 88 dan kuih muih.

1.15 ptg... hiasan asas telah disiapkan...

8.00 mlm... antara staf yg telah tiba.. Mr Kuldip dan En. Roslan


Menunggu kehadiran def-def kehormat...

En Chong, Pn Teh, Pn Cheah, Cik Ng (bekas staf pejabat), Pn Lee dan rakan-rakan berbual sementara menanti majlis bermula...
Wahhh! En Santanam dan Abg Chik juga hadir memeriahkan suasana...

Sambil terpejam mata la dok senyum, Cikgu Shahanum bersama Pn Ruzaini, Pn Muhaini, Pn Juariah dan.... siapa tu ah dari belakang tak perasan pulak... akan dibuat kajian siapakah gerangannya..
Cantik dan menawan guru-guru India yang turut hadir antaranya Pn Prema, Pn Cecilia, Pn Letchmy dan lain-lain...

sambil berbual sambil menganyam tisu, guru-guru wanita tersenyum malu...

AJK PIBG juga turut memeriahkan majlis... terima kasih

Tuan Pengetua En Ng Tong Koang berbual bersama AJK PIBG dan En Tan.

Barisan juadah yang sedia menanti untuk menjamu selera staf dan tetamu

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah... basikal tu no.2... no.1 ....

Jelitawan SMKTAR...

Mencari meja...

En Tan manunjukkan penanda ... Meja untuk staf yang vegee...

YDP PIBG Pn Oon menyampaikan ucapan merasmikan majlis...

Tn Pengetua berucap panjang juga biarpun berulang kali mnyatakan " saya tidak mahu berucap panjang..."

Bersama pemenang pakaian wanita paling bergaya..


PK Kokurikulum Pn Suraini, Pn Cecilia dan Pn Nazrah meraikan dua bekas staf yang dinaikkan pangkat sebagai pegawai JPN... Pn Norhayati dan En Aliff Lee Tahniahhhh dan terima kasih kerana sudi hadir ke Hotel STAR ini...

Meja no.3.. En Khairil, En Rao, En Singh, En Roslan, En Shaari, En Wan Zul (nampak sikiiiit ja) dan En Saiful (tiada di dalam gambar kerana mengambil gambar malam ini... nasib la)
Pengurus-pengurus cendol dan Jus jambu..

Sedih la... kenapa? Tak dapat tengok bola biarpun kali pertama Kelantan masuk "final" malam ni

En Balrao dan Pn Siti menyanyikan lagu enjit-enjit semut
Tahniah kepada En Balrao kerana memenangi kategori pakaian lelaki paling bergaya malam ini

Pn Siti mendendangkan lagu siti

Suasana ketika makan...

Itu sate sudah tak mau ka?...

Pn Noraini makan sambil malu-malu...

Beg siapa besar...

Bantal siapa tuuuuuuu..

En Aliff macam kena marah saja dengan Pn Cheah... he he

barisan guru muda yang manis-manis belaka, terimakasih kerana sudi hadir dan menyerikan majlis... sumbangan tenaga, dedikasi dan usaha anda semua tetap dihargai .

Cendol tu.. minumlah sampai habis... senyuuuuuuuuum !


Pn Norafaezah, Pn Hajar dan rakan-rakan berbual sambil menjamu selera...

En Shan tersandar kekenyangan bersama En Kamaruzzaman, En Subra, En Chandra dan En Santanam

Bilangan guru dan staf yang ramai sebegini memang sentiasa mampu memeriahkan suasana di mana saja kita berada...


pasangan dua sejoli menyanyikan lagu kontemporari terkini ...

Amboii bergaya sakan.. tak boleh blah ni!!

Hummm.. acara akhir yang tidak kurang menariknya.. mari mengemas!!


Chef Char Kuey Teow Bukit Panchor... larisss amat!

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

KARNIVAL PHDSV 2018