Pelancaran Pesta Angpow 2010

Sebagai menyahut seruan 1Malaysia, pihak sekolah bercadang menganjurkan majlis perayaan dari semua warisan tradisi yang boleh disertai dan dikongsi bersama warga SMKTAR. Sebagi permulaan dan bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pelancaran Pesta Angpow telah dijalankan pada 10 febuari 2010... berikut adalah gambar-gambar sekitar pelancaran tersebut.

Tarian Singa oleh Persatuan Agama Buddha

Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum turut sama memeriahkan majlis

Salah satu aksi oleh peserta tarian singa

Pasukan Pancaragam SMKTAR yang baru ditubuhkan hasil kutipan tiket dan sumbangan melalui Konsert Emas 2009, tampil buat kali pertama di dalam acara sekolah.

Pasukan pancaragam sudi menyampaikan beberapa buah lagu untuk santapan telinga warga SMKTAR
Tn Pengetua En Ng Tong Koang, PK HEM En Teoh Sang Kee, Penyelaras Ting 6 dan PK Kokurikuulum En Abul Halim diberi penghormatan memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Pesta Angpow SMKTAR...

panorama 1

panorama 2

Pasukan Pancaragam dibimbing oleh En Lee Chai Huat selaku guru muzik.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

KARNIVAL PHDSV 2018