Penyampaian Sijil Lukisan Pelajar Malaysia/Jepun 2009

Pada 25 Januari 2009,
ketika waktu perhimpunan pagi Isnin, penyampaian sijil kepada peserta peserta pertandingan lukisan pelajar Malaysia dan Jepun telah dilaksanakan.

Murid mendengar amanat dengan penuh khusyuk...

Tuan Pengetua telah sudi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

Peserta Ang Pei Pei menerima sijil yang disampaikan oleh Tn Pengetua dengan dibantu oleh Pn Isrihan Mohamad selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual yang baru

En saiful Adli selaku Guru Kanan Kemanusiaan berucap sempena majlis penyampaian sijil tersebut. Beliau menyeru agar lebih banyak hasil-hasil karya yang bermutu dihantar untuk menyertai pertandingan ini.

Pelajar mendengar dengan penuh minat

En saiful mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantar hasil karya mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal

KARNIVAL PHDSV 2018